Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Mempereratkan dan menyatukan hubungan antara bekas Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah di negeri Kelantan yang di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
Menggalakan perkembangan pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli Persatuan melalui program-program yang diputuskan oleh ahli atau AJK Persatuan.
Membantu Jabatan Pendidikan negeri melalui kepakaran profesional yang ada di kalangan ahli-ahli Persatuan
Melibatkan ahli-ahli Persatuan dalam aktiviti-aktivti yang berkaitan dengan pendidikan di dalam masyarakat dan badan-badan yang diiktiraf oleh kerajaan.
Menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahli dengan menyertai program-program yang tertentu.
Persatuan ini boleh bergabung dengan mana-mana persatuan lain yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan yang mempunyai tujuan yang sama.
Mengisi tabung kewangan Persatuan melalui aktiviti tertentu dengan persetujan Mesyuarat Agung serta kebenaran Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa tertentu.
Mengisi masa lapang ahli dengan menghadiri majlis-majlis Ilmu yang dapat menguntungkan masa depan ahli dunia dan akhirat.
Mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli dengan sentiasa mengziarahi antara satu sama lain,di samping mengusahakan aktiviti lawatan ke tempat-tempat yang ada kaitan dengan sejarah, ketamadunan dan yang membanggakan bangsa serta agama kita.