Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Logo PBPSMK

PERSATUAN BEKAS PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KELANTAN

SEJARAH PENUBUHAN

Pada 22.01.01 jam 10.30 pagi bertempat di Wisma PKPSM Kelantan, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, suatu perjumpaan untuk membincangkan penubuhan persatuan ini telah diadakan. Mesyuarat yang dihadiri oleh 33 orang bekas pengetua itu telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah persatuan dengan nama `PERSATUAN BEKAS PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KELANTAN' dengan keahliannya terdiri daripada mereka yang pernah berkhidmat sebagai pengetua di sekolah-sekolah menengah negeri Kelantan.

Draf perlembagaan yang dibentangkan mendapat reaksi yang positif daripada para hadirin. Beberapa orang bekas pengetua yang berpengalaman seperti Tuan Hj. Mohd. Yusoff Hussein, Tuan Hj. Mohd. Yusoff Ahmad, Tuan Hj. Idris Ab. Rahman, Puan Hjh. Hasnah Sulaiman dan banyak lagi menyuarakan pandangan-pandangan yang sangat membina, yang membolehkan draf perlembagaan tersebut diperkemaskan lagi. Majlis bersetuju menerima draf perlembagaan yang diperkemaskan itu. Suatu Jawatankuasa Penaja telah dipilih untuk menguruskan pendaftaran persatuan supaya persatuan dapat menggerakkan aktivitinya dengan lancar dan sah di sisi undang-undang. Sehubungan itu beberapa siri pertemuan dan perbincangan dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan Wilayah Kelantan dan Terengganu telah diadakan. Urusan ini dipertanggungjawabkan kepada Setiausaha Penaja.


Ahli Jawatankuasa Penaja yang dipilih ialah:


Yang Dipertua :
Hj.Sidi Omar b. Mat Jusoh
Hj. Sidi Omar b. Mat Jusoh
Timbalan YDP :
Hjh.Halimah bt. Malkan
Hjh. Halimah bt. Malkan
Naib YDP :
Hj.Wan Mat Tahir b. Abdullah
Hj. Wan Mat Tahir b. Abdullah
Setiausaha :
Hj. Mohd. Noor b. Mohd. Zain
Hj. Mohd. Noor b. Mohd. Zain
Bendahari :
Hj. Ab. Rashid b. Yusof
Hj. Ab. Rashid b. Yusof
AJK :
Hj. Yusoff b. Ismail
Hj. Yusoff b. Ismail
 
Hj. Ab. Aziz b. Hj.Abdullah
Hj. Ab. Aziz b. Hj.Abdullah
Hj. Che Daud b. Yaacob
Hj. Che Daud b. Yaacob
Hj. Sayed Mohamad b. Sayed Ahmad

Alhamdulillah, Persatuan ini telah diluluskan pendaftarannya pada 30.07.01 dengan No.pendaftaran 937. Pengerusi Penaja telah menerima sijil pendaftaran tersebut yang disampaikan sendiri oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia dalam majlis khas di Juita Inn pada 13.11.01. Dengan ini Jawatankuasa Penaja telah berusaha menggerakkan aktiviti-aktiviti persatuan dari semasa ke semasa.

Kebanyakan aktiviti persatuan diadakan di Wisma PKPSM, Kompleks Sekolah-Sekolah, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih dirakamkan kepada PKPSM Kelantan, bukan sahaja kerana mengizinkan premisnya itu digunakan, tetapi juga kerana sumbangan RM5,000.00 untuk tabung persatuan. Juga memberi kebenaran menggunakan sebuah bilik khas di Wisma PKPSM sebagai Bilik Urusetia Persatuan Bekas Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Kelantan.

Catatan:
Senarai bekas pengetua yang hadir dalam mesyuarat penubuhan pada 21 Januari 2001 di Wisma PKPSM, Kota Bharu :

1.
Ab. Aziz b. Hj. Abdullah, Hj
18.
Mohamed b. M Hj. Omar, Hj
2.
Ab. Halim b. Hamat, Hj
19.
Mohd. Hashim b. Hj. Idris, Hj
3.
Ab. Rahman b. Mat, Hj
20.
Mohd.Noor b. Mohd. Zain, Hj
4.
Ab. Rahman b. Yasin, Hj
21.
Mohd. Yusoff b. Ahmad, Hj
5.
Ab. Rashid b. Yusoff, Hj
22.
Mohd. Yusoff b. Hj. Hussin, Hj
6.
Ahmad b. Ibrahim, Hj
23.
Mohd. Zakuan b. Mustapha, Hj
7.
Ariffin b. Hj. Hassan, Hj
24.
Nik Yusoff b. Hj. Nik Daud, Hj
8.
Bekri b. Salikin, Hj
25.
Omar b. Hj. Ismail, Hj
9.
Che Daud @ Zakaria b. Yaacob, Hj
26.
Ramlee b. Mohd. Zain, Hj
10.
Halimah bt. Malkan, Hjh
27.
Sayed Muhamad b. Sayed Ahmad, Hj
11.
Hasbullah b. Hj. Saod, Hj
28.
Sidi Omar b. Mat Jusoh, Hj
12.
Hasnah bt. Sulaiman, Hjh
29.
Wan Ismail b. Wan Ahmad, Hj
13.
Ibrahim b. Ali, Hj
30.
Wan Mat Tahir b. Abdullah, Hj
14.
Idris b. Hj. Ab. Rahman, Hj
31.
Wan Sapie b. W. Ahmad, Hj
15.
Ismail b. Abas, Hj
32.
Yusof b. Ismail, Hj
16.
Khu Hock Sun
33.
Zakaria b. Chek, Hj
17.
Mohamed b. Hj. Saad, Hj