Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


BIDANG AKTIVITI

Sebagai kalangan yang tergolong sebagai ‘Warga Emas’, para bekas Pengetua sewajarnya mempunyai aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada penjagaan kesihatan. Justeru antara bidang aktiviti yang diberi penekanan ialah ceramah-ceramah kesihatan oleh doktor-doktor dan pihak yang berwibawa di dalam hal berkenaan.

Satu bidang lagi yang amat penting bagi orang-orang yang meniti senja seperti kita ialah hal-hal yang berkaitan dengan agama. Oleh sebab itulah kita mengatur beberapa cerama berkaitan dengannya serta siri kuliah secara tetap.

Bidang kebajikan juga kita usahakan. Kerjasama dengan PKPSM Kelantan berjaya mewujudkan Tabung Kebajikan yang membolehkan sumbangan-sumbangan kewangan diberikan kepada ahli-ahli yang mengidap penyakit kronik serta khairat kematian, di samping sumbangan kewangan kepada anak ahli yang cemerlang dalam pelajaran.

KEWANGAN
Setiap ahli membayar RM10.00 sebagai Yuran Masuk, dan RM50.00 sebagai Yuran Keahlian Seumur Hidup. Sudah tentu Persatuan tidak berupaya menggerakkan banyak aktiviti hanya bergantung kepada yuran keahlian ini. Alhamdulillah PKPSM Kelantan menyumbangkan RM5000.00 kepada dana Persatuan, bagi membolehkan aktiviti-aktiviti Persatuan digerakkan.

Untuk menambahkan lagi dana, Persatuan berusaha menerbitkan buku yang mengandungi koleksi cerita-cerita pengalaman ahli semasa bertugas sebagai Pengetua dulu.

Berikut adalah detik-detik yang berlaku bermula daripada perjumpaan pertama penubuhan Persatuan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Ketiga ini:

MESYUARAT AGUNG PERTAMA
Segera selepas menerima Sijil Pendaftaran, Mesyuarat Agung Pertama diadakan pada 30 Januari 2001 bertempat di Wisma PKPSM Mesyuarat ini dirasmikan oleh KPPM ketika itu, iaitu YA Bhg. Dato’ Ab. Rafie b. Mahat. Majlis dihadiri oleh 65 orang bekas pengetua. Pendaftaran ahli mula dibuat pada majlis tersebut.

 

Ahli yang hadir pada mesyuarat agung pertama

Ahli yang hadir pada mesyuarat agung pertama

Diari

30 November 2001
Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri sempena Mesyuarat Agung Kali Pertama

2 Februari 2002
Ceramah kesihatan serta pemeriksaan kesihatan percuma untuk ahli bertempat di Wisma PKPSM. Majlis yang dijayakan oleh pasukan pegawai-pegawai perubatan dari Pejabat Kesihatan Kota Bharu, diketuai oleh Dr. Marizah bt. Abdullah. Seramai 40 orang ahli menghadiri majlis ini.

Ceramah 'Kesihatan Warga Emas'

Ceramah 'Kesihatan Warga Emas'

28 Mac 2002
Membentuk Panel Penulisan bagi membincangkan skop dan bahan penulisan untuk menghasilkan sebuah buku mengenai ‘Pengalaman Pengetua’.


15 Jun 2002
Perayaan Maulidur Rasul dengan ceramah oleh YBhg. Tuan Hj. Zainal Abidin, dihadiri oleh 35 orang ahli.

Dr. Ismail Thamby  sedang menyampaikan ceramah

Dr. Ismail Thamby sedang menyampaikan ceramah

13 Julai 2002
Ceramah Kesihatan Reproduktif Warga Emas (dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKn) Negeri Kelantan. Ceramah mengenai ‘Sakit Tuan’ bertajuk ‘Kesihatan Reproduktif Lelaki dan Cara Penyelesaiannya’ telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Mohd. Ismail bin Mohd. Thambi, Ketua Klinikal, LPPKN, Kuala Lumpur. Para hadirin seramai 48 orang(termasuk para isteri) amat tertarik dengan ceramah tersebut.

10 Januari 2003
Perjumpaan dengan 10 orang Pengetua yang bersara sepanjang tahun 2003

25 Januari 2003
Perjumpaan Silaturrahim sempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Fitri diadakan di Wisma PKPSM. Majlis yang dihadiri oleh 53 orang ahli ini turut turut diisi dengan ceramah bertajuk
‘Kesihatan Warga Emas’ oleh Dr. Sharifah Mahani bt. Syed Mahar Afandi, Pakar Kesihatan Masyarakat, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu

Buku Warna-Warna Bitara

Buku "Warna-Warna Bitara" terbitan Persatuan

12 Mei 2003
Buku pengalaman Pengetua hasil kompilasi karya 20 orang ahli Persatuan siap dicetak. Buku stebal 139 muka surat ini diberi judul ‘Warna-Warna Bitara’, mengandungi 53 cerita-cerita pendek kisah suka duka Pengetua, dan 3 buah sajak. Sebanyak 3000 naskhah cetakan pertama ini mula dijual pada 22.6.03 dengan harga RM5.00 untuk ahli dan RM10.00 untuk bukan ahli.
22 Jun 2003

Persatuan telah mengundang YBhg. Dr. Mohd. Zulyadi Hj. Ghazali, Pakar Bedah Jantung Hospital USM untuk menyampaikan ceramah bertajuk: “Penyakit Jantung dan Perawatannya”. Majlis yang diadakan di Wisma PKPSM ini dihadiri oleh 41 orang ahli.

31 Julai 2003
YDP bersama Tn.Hj.Ali Md.Nor dan Tn.Hj.Muhammad Ab.Rahman ke Perlis untuk menjual buku ‘Warna-Warna Bitara’ di Persidangan PKPSM Kebangsaan.

15 Ogos 2003
YDP dan NYDP ke Maktab Perguruan Kota Bharu, Pengkalan Chepa untuk menjual buku ‘Warna-Warna Bitara’.

20 Ogos 2003
YDP, NYDP dan SU ke Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu untuk menjual buku ‘Warna-Warna Bitara’.


16 Oktober 2003
Majlis Ilmu bersama Ustaz Mohd. Hafizi b. Abdullah. Para hadirin seramai 30 orang menggunakan masa sepenuhnya untuk berinteraksi dengan penceramah berhubung dengan pelbagai kemusykilan.

Pengerusi sedang memperkenalkan penceramah

15 Disember 2003

Bersama dengan AJK PKPSM Kelantan membincangkan penubuhan Penubuhan Tabung Amanah Pembangunan Pendidikan PKPSM Kelantan.

10 Januari 2004
Majlis perjumpaan dengan pengetua-pengetua yang bersara pada tahun 2003

Meraikan penulis-penulis untuk buku "Warna-Warna Bitara"

13 Januari 2004
Majlis penyampaian sagu hati kepada para penulis dan penyumbang karya pengalaman pengetua untuk buku ‘Warna-Warna Bitara’ di Restoran Syam
10 Februari 2004

Perjumpaan dengan YABrs. Pengarah Pelajaran Kelantan di pejabatnya untuk mendapatkan kebenaran berjumpa dengan semua PPD bagi membincangkan pengedaran buku ‘Warna-Warna Bitara’ ke sekolah-sekolah

12 Februari 2004
Mengutus ‘Surat Tahniah’ kepada ahli Persatuan, Tuan Hj. Wan Sapie b. Wan Ahmad, atas lantikan sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

28 Februari 2004
Menganjurkan Majlis Silaturrahim dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Seramai 55 orang ahli yang menghadiri majlis ini berpeluang mengikuti ceramah agama oleh YBhg Dato’ Haji Mohd. Shukri , Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan

25 April 2004
Mengutus ‘Surat Tahniah’ dan pernyataan sokongan pelantikan YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Pelajaran.


1 Jun 2004
Persatuan memulakan penerbitan berkala diberi nama ‘Berita Kita’, yang memuatkan berita-berita Persatuan serta ahli-ahlinya.

"Berita Kita" Jilid 3, Bilangan 1,terbitan Januari 2005

26 Jun 2004

Perjumpaan dgn AJK PKPSM & Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah berhubung dengan pengedaran buku ‘Warna-Warna Bitara’. Perjumpaan ini diadakan di Hotel Ansar.

17 Jul 2004
Ceramah mengenai ‘Penyakit Prostat’ oleh YBhg.Dato’ Dr. Hasim b. Mohamad, Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Bedah Hospital Kota Bharu, dibantu oleh Dr. Shaiful Azman b. Zakaria, Ketua Jabatan Dan Pakar Perunding Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi hospital yang sama. Majlis dihadiri oleh: 65 orangg termasuk beberapa ahli Persatuan Bekas Pendidik Kelantan

Bergambar bersama Tn. Hj. Mohamed di rumahnya

16 Ogos 2004
Lawatan rombongan AJK menziarah Tuan Hj. Mohamed b. Hj. Omar di rumahnya, Taman Seri Aman1, Pasir Puteh. Beliau akan menjalani pembedahan pintasan jantung pada 5.9.04 di Institut Jantung Negara.

4 September 2004
Menyampaikan sumbangan ‘One-Off’ daripada Tabung Kebajikan PKPSM sebanyak RM 1000.00 seorang kepada 5 anak ahli yang lulus cemerlang dalam SPM dan berjaya ke IPT.
18 September 2004

Mesyuarat Agung Kedua Persatuan Bekas Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Kelantan amat gembira apabila YBhg,Tuan Haji M Zin Sham, bekas Pengarah Pendidikan Kelantan, sudi menerima undangan untuk merasmikan Mesyuarat Agung ini.

Kehadiran beliau telah menimbulkan nostalgia di kalangan 66 ahli yang hadir, terutama mereka yang pernah berkhidmat di bawah beliau.


Tn Hj. Md. Zin di atas pentas (di tengah) dengan YDP dan Pengarah Pelajaran Kelantan

25 Disember 2004
Majlis Jamuan Akhir Tahun di Safar Inn, Kota Bharu. 75 orang ahli telah menghadiri majlis tajaan Persatuan sepenuhnya ini.

Sebahagian daripada hadirin di Majlis Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kedua

10 Januari 2005

Menghantar surat kepada Jabatan Perdana Menteri memohon pertimbangan supaya seorang senator dilantik mewakili pesara-pesara pendidik, supaya suara dan rasa hati kaum pendidik lebih berwibawa.


15 Februari 2005
Perjumpaan dengan 18 orang Pengetua yang bersara sepanjang tahun 2004.

 

 

10 - 13 Mac 2005
Lawatan Ke Padang Dan Bukittinggi, Sumatera, Indonesia: ahli rombongan terdiri daripada 11 orang ahli Persatuan (termasuk isteri)

Taklimat daripada Penguasa Pesantren Serambi Mekah

15 Mac 2005

Mulai ‘Majlis Ilmu Bersama Ustaz Nawi’. kuliah agama pada tiap-tiap hari Sabtu tidak bekerja ini disampaikan oleh Tn.Hj.Nawi b. Mohamad, Bekas Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Kelantan

21 Mac 2005
Majlis Maulidur Rasul anjuran bersama dengan Persatuan Bekas Pendidik Daerah Cawangan Pengkalan Chepa. Penceramah jemputan: Tn.Hj.Nawi b. Mohamad, Bekas Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Kelantan

23 April 2005
Panel yang dibentuk untuk menyediakan suatu memorandum mengenai keperluan diperkasakan Sekolah Kebangsaan mengadakan mesyuaerat pertamanya.

4 Mei 2005
Menghantar surat kepada YB Menteri Pendidikan memohon supaya pelantikan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan dapat disegerakan

10 Mei 2005
Menghantar memorandum‘Memperkasakan Sekolah Kebangsaan’ kepada YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein Onn, Menteri Pelajaran Malaysia

15 Mei 2005
Menziarahi Tuan Hj. Ismail Mat di rumahnya (Taman Guru), serta menyampakan sumbangan RM1000.00.daripada Tabung Pembangunan Pendidikan PKPSM Kelantan

30 Jun 2005
Ceramah Kesihatan ‘Penyakit Sendi & Tulang’ oleh Dr. Nordin Simbak, General Orthopaedic & Pediatric Orthopaedic Surgeon, Hospital Pakar Perdana

21 Ogos 2005
Menyampaikan sumbangan khairat kematian RM 1000.00 daripada Tabung Kebajikan PKPSM kepada balu Allahyarham Hj.Ab.Aziz Yusof yang meninggal pada 18 .8.05

14 September 2005
Menyampaikan sumbangan pesakit kronik daripada Tabung Kebajikan PKPSM kepada Taun Hj.Muhamad Ismail.

10 Oktober 2005
Mendaftarkan seramai 137 orang ahli yang layak untuk menyertai Program Takaful Berkelompok dengan Takaful Malaysia. Program ini berkuatkuasa 18.10.05. Ia akan diperbaharui pada tahun 2006 bagi ahli-ahli yang berminat.

10 Oktober 2005
Menyampaikan sumbangan ‘One-Off’ daripada Tabung Kebajikan PKPSM sebanyak RM 1000.00 seorang kepada 17 anak ahli yang lulus cemerlang dalam peperiksaan SiPM dan berjaya ke IPT.

19 November 2005
Majlis Silaturrahim & Sambutan Hari Raya Idilfitri. Majlis di Wisma PKPSM ini dihadiri oleh seramai 66 orang ahli.

19 November 2005
Perjumpaan dengan 12 orang Pengetua yang bersara dan akan bersara sepanjang tahun 2005.

10 Februari 2006
Menyumbangkan khairat kematian daripada Tabung Kebajikan PKPSM sebanyak RM1000.00 kepada Puan Hjh. Shaadah bt. Hj. Ab. Lartid, balu Allahyarham Hj.Ab.Rahman Yasin di rumahnya di Selising, Pasir Puteh.

4 Mac 2006
Siri kuliah agama dua minggu sekali bermula pada hari ini. Penceramah ialah YBhg. Tuan Hj. Mohd. Rosli b. Hussain, seorang penceramah dan pendakwah terkenal di negeri ini.

12 Mac 2006
Menghantar surat ucapan tahniah kepada seorang ahli yang dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Kelantan, iaitu Tuan Hj. Ismail b. Mohd. Noor.

20 Mac 2006
YDP, NYDP dan Tn.Hj.Ali Md.Nor menziarahi Tn.Hj.Ramlee Mohd.Zain di Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur.

YDP menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum ceramah dimulakan, penceramah (duduk), YBhg.Ustaz Mohd. Rosli Hussain

29 April 2006
Majlis sambutan Maulidur Rasul diadakan dengan ceramah disampaikan oleh YBhg.Ustaz Mohd. Rosli Hussain. Majlis dihadiri oleh 60 orang ahli (termasuk isteri).
29 April 2006
Menyampaikan cek bernilai RM4,800.00 kepada balu Allahyarham Hj.Ab.Rahman Yassin.

Penyampaian cek Takaful kepada Pn. Hjh. Shaadah, balu Allahyarham Tn. Ab. Rahman Yasin

Mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma sebelum ceramah dimulakan

6 Mei 2006
Persatuan menjemput 3 orang doctor pakar dari Hospital Pakar Perdana untuk menyampaikan ceramah dalam bidang kepakaran masing-masing, iaitu Dr, Nordin Simbak, General Orthopaedic & Paediatric Orthopaedic Surgeon, Dr. Nik Noor Azmi Mohd. Yunos, Pakar Perubatan (Consultant Physician), dan Dr. Azerin Othman, Pakar Jantung (Consultant Cardiologist). Ceramah ini diadakan di Hospital berkenaan dan dihadiri oleh 52 orang ahli (termasuk isteri).
DOA DAN HARAPAN

Ahli Jawatankuasa amat berterima kasih kerana selama lima tahun penubuhannya, Persatuan mendapat sokongan dan dokongan yang sangat baik daripada seluruh ahli. Akan tetapi kami tidak dapat berbuat lebih daripada apa yang mampu dilakukan selama ini. Kekangan tenaga fizikal dan mental menjadi hambatan kepada segala kelemahan kami.

Sesungguhnya tenaga-tenaga baru yang ada dalam Persatuan kita ini diharap akan dapat mengukuhkan lagi Persatuan. Kepada ahli-ahli ‘muda’ inilah kami menggantungkan harapan untuk meneruskan kesinambungan Persatuan. Semoga Persatuan ini akan terus ada dan bergerak menjadi suatu platform perjumpaan dan pertemuan antara kita.

Inilah harapan kami dan juga kami yakin ianilah juga harapan seluruh ahli-ahli yang ada seramai 150 orang pada masa ini. Sama-samalah kita berdoa dan berharap semoga hasrat ini tercapai.

Terima kasih.

a. Pengalaman ahli dibukukan
a. Gambar “Warna-warna Bitara"

Buku pengalaman Pengetua hasil kompilasi karya 20 orang ahli Persatuan siap dicetak. Buku stebal 139 muka surat ini diberi judul ‘Warna-Warna Bitara’, mengandungi 53 cerita-cerita pendek kisah suka duka Pengetua, dan 3 buah sajak. Sebanyak 3000 naskhah cetakan pertama ini mula dijual pada 22.6.03 dengan harga RM5.00 untuk ahli dan RM10.00 untuk bukan ahli. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.

Mulai Hari Sabtu 04.11.2006 bertempat di Wisma PKPSM Kelantan, siri kuliah agama dua minggu sekali disambung semula pada hari itu. Penceramah ialah YBhg. Tuan Hj. Mohd. Rosli b. Hussain, seorang penceramah dan pendakwah terkenal di negeri ini. semua ahli dijemput hadir. kuliah yang seterusnya ialah pada hari Sabtu pada jam 9.00-11.00 pagi :
11.11.2006
25.12.2006
09.12.2006
23.12.2006
06.01.2007
20.01.2007
10.02.2007
24.02.2007
10.03.2007
24.03.2007
14.04.2007
28.04.2007
12.05.2007
26.05.2007

Program Persatuan:

19.4.07 : Ceramah mengenai Penyakit Buah Pinggang oleh Prof. Madya Kamaliah Mohd. Daud, Ketua Jabatan Perubatan, (Sains Perubatan). USM Kubang Kerian.

Tempat : Wisma PKPSM, Kompleks Sekolah Sekolah, Wakaf Mek Zainab. Kota Bharu.

Masa : 9.30pagi

21.4.07 : Majlis Cetusan Minda - Halatuju Pendidikan Negara

Ucap utama : YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Ab. Rahman Arshad dan Majlis Diskusi.

Tempat : Hotel New Pacific, Kota Bharu.

Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari

Jemputan ke Majlis Silaturrahim 2007

Dengan segala hormatnya Tuan/Puan ahli PBPSMK dijemput ke Majlis tersebut:

Tarikh : 27.12.2007

Jam : 11.00 pagi

Tempat : Sutera Inn, Jalan Bayam, Kota Bharu.

Sila hubungi mana AJK untuk pengesahan.

Untuk makluman ahli, saudara kita:
  • Hj Ramli Md. Zain
  • Hj Manaf Md. Nor

Sakit. Kunjungilah meraka untuk ketenangan mereka

Kemaskini 23.12.2007